Lelaki Masak Daging Paling Mahal Guna Ekzos Lamborghini Miliknya

Apa perkara diluar jangkaan yang anda akan buat sekiranya anda menjadi tersangat kaya?

 

Seorang pemilik kereta jenama Lamborghini dari China baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai apabila dengan selamba membakar daging paling mahal di dunia, menggunakan asap daripada ekzos keretanya itu.

lelaki masak daging paling mahal guna ekzos lamborghini miliknya

Kejadian berlaku di sebuah garaj bawah tanah di Changsha, daerah Hunan, ketika sekumpulan pemilik kenderaan jenama mewah itu berkumpul sesama mereka.

lelaki masak daging paling mahal guna ekzos lamborghini miliknya

Sambil itu, seorang lelaki dilihat menekan pedal minyak Lamborghini dan seorang lagi sedang memegang sebatang daging skew yang dipercayai adalah paling mahal di dunia.

 

Bagaimanapun tindakan lelaki itu menekan pedal minyak secara melulu menyebabkan enjinnya menjadi terlebih panas hingga mengeluarkan asap putih.

lelaki masak daging paling mahal guna ekzos lamborghini miliknya

Menurut laporan, kos bagi membaiki enjin Lamborghini itu sahaja boleh mencecah sehingga 500 ribu Yuan (kira-kira RM323 ribu), yang mana sudah semestinya tidak berbaloi selepas tindakan membakar daging.

 

Sumber: Oddity Central