Cuba Elak Divaksin, Lelaki Ini Kantoi Pula Pakai Tangan Palsu

Seorang lelaki yang cuba mengelak untuk disuntik vaksin COVID-19, telah berjaya dikesan dengan memakai tangan palsu.

cuba elak divaksin, lelaki ini kantoi pula pakai tangan palsu

Lelaki itu yang juga seorang doktor gigi warga Itali adalah seorang antivaksin, membeli prop berkenaan dengan harapan dia boleh menipu jururawat supaya tidak memberinya vaskin.

 

Bagaimanapun helahnya tidak berjaya memperdaya petugas kesihatan bertugas ketika itu selepas beliau sedar ada sesuatu yang tidak kena.

 

“DIa mendedahkan bahagian bahunya, saya sedar warna tangannya agak pelik.

“Buat seketika saya fikir saya telah membuat kesilapan, kerana saya telah memintanya menggunakan lengan pada bahagian tangan yang kurang aktif.

“Kemudian saya minta dia untuk tunjukkan lengan satu lagi dan ia adalah sama. Saya tidak mahu mempercayainya,” ujar petugas kesihatan itu.

 

Selepas segalanya terbongkar, lelaki antivaksin itu mahu mendapatkan suntikan vaksin berkenaan kerana mahu menerima pas hijau vaksin bagi membolehkan beliau melakukan pelbagai aktiviti termasuklah pergi kerja.

 

Selepas cubaan menipu itu gagal, lelaki itu turut meminta jururawat memberi suntikan pada lengan palsunya, namun petugas kesihatan itu enggan melakukannya.

 

Insiden itu telah disiasat pihak berkuasa dan dilabel sebagai satu kes penipuan.

 

Sumber: [1]