Dulu Pernah Di Sambar Kilat, Kini Lelaki Ini Boleh Rasa Kehadiran Petir

Seorang lelaki berusia 31 tahun mendakwa dirinya kini mempunyai kelebihan mengesan kehadiran kilat dan petir beberapa jam lebih awal.

dulu pernah di sambar kilat, kini lelaki ini boleh rasa kehadiran petir

Ia selepas kejadian yang menimpa dirinya pada November 2015 apabila dia telah disambar petir yang mengalir dalam tubuh badannya.

 

Ketika kejadian, Kristoffer Green bersama anak perempuannya yang disengat tebuan dalam perjalanan ke hospital. Ketika itu, keadaan cuaca gelap dan tidak semena-mena kilat menyambar payung yang dipegang olehnya sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

dulu pernah di sambar kilat, kini lelaki ini boleh rasa kehadiran petir

“Ketika itu saya sedang membantu isteri saya untuk meletakkan anak pada kerusi penumpang belakang dan saya sedang memegang payung.

“Kilat menyambar payung saya dan isteri saya kata saya pengsan selepas kejadian,” ujarnya.

 

Mujur Green tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang sehari selepas mendapat rawatan di hospital.

 

Namun kejadian aneh berlaku kerana Green dikatakan dapat mengesan kehadiran petir dan kilat meskipun ketika itu ia belum pun berlaku.

 

“Saya kata kepada isteri saya, petir dan kilat akan datang, dan beberapa jam kemudian, ia datang,” kata Green.

 

Tidak dapat dipastikan sebarang penerangan saintifik kepada kejadian yang menimpa Green, namun ia sedikit sebanyak dapat memberikan beliau amaran awal akan kehadiran petir dan kilat.

 

Sumber: Daily Star