Rasa Sakit Pada Perut, Doktor Jumpa 206 Batu Karang Dalam Buah Pinggang!

Sekumpulan doktor yang melakukan prosedur pembedahan terkejut apabila menemui lebih 200 batu karang dalam buah pinggang seorang pesakit di India baru-baru ini.

rasa sakit pada perut, doktor jumpa 206 batu karang dalam buah pinggang!

Pembedahan bagi mengeluarkan batu karang itu dibuat di Hospital Global Aware Gleneagles selepas pesakit itu dilaporkan mengalami sakit teruk pada bahagian kiri perutnya sejak lima bulan lalu.

.

Akibat daripada rasa sakit itu, beliau juga tidak dapat melakukan aktiviti rutin hariannya malah diburukkan lagi oleh peningkatan suhu disebabkan musim panas.

.

Menurut pakar bedah, Dr Poola Naveen Kumar, pesakit itu pada mulanya diberi kaunseling sebelum semua batu karang di buah pinggangnya dikeluarkan.

.

Doktor memaklumkan sebanyak 206 batu karang berjaya dikeluarkan dari buah pinggang kiri pesakit berusia 50-an itu.

.

Dr Poola menjelaskan, cuaca panas kring dan lembap meningkatkan lagi rasa sakit batu karang berbanding dengan ketika musim sejuk.

.

Terdahulu, seorang doktor dari negeri Maharashtra di India telah mengeluarkan 172,155 batu karang dair buah pinggang kiri seorang pesakit. Ia menjadi jumlah tertinggi batu karang yang pernah dikeluarkan dari seorang individu setakat ini.

.

Sumber: [1], [2]