Lagu Baru aespa Buat Ramai 'Ketagih', Hingga Ganggu Fokus Pelajar

Buat pengikut K-Pop veteran, anda pastinya ingat kira-kira 11 tahun lalu mengenai fenomena yang dicetuskan kumpulan popular, SHINee menerusi lagu popular mereka yang berjudul “Ring Ding Dong”.

lagu baru aespa buat ramai 'ketagih', hingga ganggu fokus pelajar

Lagu tersebut berjaya menaikkan mereka dalam era yang mana K-Pop masih lagi dilihat sebagai sesuatu yang baru dalam muzik global kerana rentaknya yang menarik.

Berikutan itu juga, “Ring Ding Dong” disertakan dalam senarai tidak rasmi yang dilarang dimainkan para pelajar yang sedang giat melakukan persiapan untuk memasuki kolej kebangsaan di Korea Selatan.

Difahamkan bahawa peperiksaan itu hanya berlangsung selama sekali dalam setahun di negara tersebut.

Lantaran itu, perasaan ‘ketagihan’ yang dibawa lagu tersebut yang seolah-olah sering membuatkan seseorang pendengar itu untuk memainkannya lagi dan lagi disebut sebagai mampu menganggu fokus.

Terbaru, lagu “Next Level” oleh rakan label SHINee pula, iaitu aespa telah diangkat masuk ke dalam senarai yang sama setelah hampir 12 tahun berlalu.

Menurut seorang pengkritik muzik, lagu tersebut yang memiliki rentak menarik membuatkan ia berjaya melekat di telinga pendengar selain melodi yang kekal terngiang-ngiang dalam kepala pendengar.

Buat mereka yang tidak tahu, “Next Level” sebenarnya ialah lagu ciptaan semula daripada runut bunyi filem Fast and Furious presents: Hobbs & Shaw.

Biarpun begitu, versi terakhir “Next Level” merupakan gabungan berunsurkan hibrid yang menggabungkan pelbagai jenis genre lagu sebagai satu eksperimen berbentuk muzik.

Biarpun begitu, lagu tersebut mungkin terpaksa ‘direhatkan’ sebentar daripada playlist golongan para pelajar yang kini sedang bersiap siaga untuk menghadapi peperiksaan penting itu demi masa depan mereka.

 

Sumber: [1]