Saintis Dedah Rupanya Labah-Labah Pun Tidur Berdengkur

Pernahkah anda tidur dalam keadaan berdengkur sehingga menggangu individu lain?

saintis dedah rupanya labah-labah pun tidur berdengkur

Jika YA, anda bukanlah keseorangan kerana selain manusia, spesis labah-labah juga tidur dalam keadaan berdengkur, malah mereka juga bermimpi sama seperti kita.

 

Kajian yang dilakukan penyelidik di Jerman telah merakam 30 anak labah-labah semasa tidur menggunakan kamera inframerah.

saintis dedah rupanya labah-labah pun tidur berdengkur

Semasa berehat, serangga itu dikesan membuat pergerakan retina berkala serta kedutan anggota badan serta lentik kaki. Fenomena sama dilihat berlaku kepada manusia semasa tidur, apabila mata bergerak dengan pantas dari sisi ke sisi di belakang kelopak mata yang tertutup, disebut juga sebagai REM.

 

Justeru, hasil kajian mencadangkan bahawa labah-labah juga mengalami tidur REM dan mungkin juga bermimpi sama seperti manusia.

 

“Pergerakan retina yang diperhatikan adalah konsisten termasuk tempoh dan selang masa yang tetap dengan kedua-duanya meningkat sepanjang malam,” tulis jurnal yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

 

Sumber: Kosmo