Enggan Tempuh 'Jammed', Kylie Jenner Sanggup Naik Jet Peribadi Untuk Perjalanan 3 Minit

Gara-gara enggan menempuh ‘jammed’ di jalan raya, selebriti terkemuka Amerika, Kylie Jenner sanggup mengambil beberapa perjalanan yang hanya memakan masa beberapa minit dengan menggunakan jet mewah peribadi miliknya.

enggan tempuh 'jammed', kylie jenner sanggup naik jet peribadi 3 minit

Tindakan tersebut bagaimanapun dikecam hebat ramai wargamaya selepas bintang berusia 24 tahun itu ‘kantoi’ berbuat demikian di media sosial.

Semuanya bermula apabila dia memuat naik fotonya bersama kekasih, Travis Scott di Instagram yang memperlihatkan mereka berdua berdiri di antara jet mewah peribadi milik masing-masing. Tulisnya, “Anda mahu menggunakan yang milik saya atau milik anda?”

Entri itu kemudian ‘diserbu’ ramai wargamaya yang rata-ratanya meninggalkan komen mempersoalkan tindakan Kylie yang dilabelkan ‘tone deaf’ sekaligus mencetuskan perdebatan tentang perubahan iklim.

Menerusi satu hantaran oleh akaun Twitter @CelebJets, yang menjejaki penerbangan jet peribadi selebriti, ia berkongsi maklumat tentang beberapa penerbangan terbaru Kylie termasuk perjalanan selama tiga minit menggunakan jet mewah peribadinya.

Menurut hantaran tersebut, Kylie dikatakan menaiki penerbangan yang hanya mengambil masa hanya tiga minit dari Camarillo, California ke Lapangan Terbang Van Nuys, bersama anak perempuannya, Stormi pada 12 Julai lalu.

Jetnya kemudian dikatakan mengambil penerbangan selama 29 minit pula pada hari sama, dari Van Nuys ke Palm Springs, California.

Sementara itu, akaun sama turut mendakwa kebanyakan penerbangannya mengambil masa hanya kira-kira 15 minit dan kurang dari satu jam, yang mana menurut orang ramai, boleh dilakukan dengan menggunakan kereta.

Terdahulu, anak bongsu keluarga Kardashian-Jenner itu dilaporkan membeli jetnya sendiri iaitu Kylie Air pada 2020. 


Sumber: [1]