Kumpulan Manusia Kelubung Putih Kejutkan Pengguna Google Earth

Seorang pengguna aplikasi Google Earth, Jason Cline telah menunjukkan imej yang didakwanya sebagai misteri apabila menemui sekumpulan manusia berkelubung putih di sebuah bandar tidak berpenghuni di Nevada, Amerika Syarikat.

kumpulan manusia kelubung putih kejutkan pengguna google earth

Beliau menyedari imej pelik itu ketika sedang menggunakan aplikasi berkenaan di beberapa negeri dekat AS.

kumpulan manusia kelubung putih kejutkan pengguna google earth

“Cuba anda perhatikan klip ini dan akan menyedari satu lingkaran objek yang kelihatan seperti cap jari.

“Apabila saya menukar mod menjadi pemandangan jalan, saya ternampak sekumpulan manusia berkelubung putih sedang mengerumuni lingkaran cap jari itu,” tulis Cline.

 

Klip rakaman yang tular ini telah mengejutkan ramai penonton, namun ia sebenarnya adalah satu pameran seni di Muzium Udara Terbuka Goldwell yang terletak di sebuah bandar tidak berpenghuni dekat Rhyolite di Death Valley.

kumpulan manusia kelubung putih kejutkan pengguna google earth

Kumpulan individu berkelubung putih itu dikenali sebagai ‘Jamuan Terakhir’ yang dicipta oleh artis Belgium, Albert Szukalski.

 

Sumber: Daily Star

ARTIKEL BERKAITAN