‘Tengok Pun Takut, Apatah Lagi Nak Makan’ - Seram Kuih Raya Ini Bentuk Jari Hantu

Raya tidak lama lagi, ramai orang kini sedang bersiap sedia menyiapkan barang raya serta kuih raya. 

Namun, baru-baru ini pelbagai koleksi biskut raya yang aneh bentuknya menjadi pilihan peniaga untuk dijual. 

Seorang pengguna Tiktok @fykaascha yang juga terkenal dengan konten seram telah menjual biskut raya menyerupai jari hantu dan berjaya mencuri perhatian orang ramai. 

‘tengok pun takut, apatah lagi nak makan’ - seram kuih raya ini bentuk jari hantu

Menerusi rakaman itu, individu itu menggunakan kacang almond sebagai kuku jari dan jam strawberi diletakkan sebagai darah yang berlumuran pada jari hantu itu.

Rata-rata komen netizen merasa takut untuk makan kuih seperti itu: 

 

@fykaa_kaka Biskut Raya tahun ni.. Jari Hantu Membengkak.. 🤤🤤🤤🤤🤤 #foryou #raya2024 ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM - De Fam

 

“Macam-macam kuih raya tahun ni, takut pula nak makan,” komen netizen.

“Kalau tunjuk kat mak saya mesti kembang tekak, tak nak makant erus,” komen netizen.

“Janganlah buat biskut macam itu, nak sentuh pun takut,” komen netizen. 

Sumber: Kosmo