Entah datang dari mana, seekor kucing telah menyelamatkan seorang pendaki yang sesat dikawasan pergunungan di Alps, Switzerland.
Kisah kucing yang menyelamatkan seorang pendaki di pergunungan Switzerland ini telah diceritakan oleh seorang warganet melalui akaun Reddit miliknya.
Menurutnya, pengembaraannya di pergunungan itu dilakukan tidak jauh dari sebuah kampung bernama Gimmewald. Namun malang tidak berbau, beliau yang seorang diri telah sesat dalam hutan di pergunungan tersebut.
Apa yang lebih mencemaskan adalah semasa dia tersesat, cuaca sedang berada dalam keadaan yang sangat sejuk. Cuaca yang begitu sejuk boleh membuatkan seseorang mengalami hipotermia yang memberi kesan buruk kepada tubuh.
Lelaki itu memutuskan untuk berpatah balik namun ketika itu beliau mendapati jalan untuk balik semula ke kampung itu telah ditutup dan jika dilihat pada peta, tiada lagi jalan lain yang boleh diikutinya untuk membolehkan dia kembali semula ke perkampungan itu.
Beliau mulai panik, kemudian duduk seketika sambil memikirkan apa yang harus dilakukannya selepas itu. Ketika itulah muncul seekor kucing yang entah dari mana duduk disebelah pendaki yang sesat itu.
Kucing berwarna hitam dengan separuh badannya putih, kelihatan agak manja dan tidak kekok dengan orang asing. Selepas beberapa ketika, kucing itu kemudian mula berjalan melalui laluan pendaki.
Menurut pendaki itu, kucing berkenaan sering berhenti dan melihat ke belakang kalau-kalau pendaki itu masih mengekorinya atau tidak.
“Dia seolah-olah mengajak saya mengikutinya,” kata lelaki itu. Selang seketika selepas mengekori kucing tersebut, mereka pun tiba semula ke asrama pendaki itu menginap.
Kucing itu juga adalah kucing kepada pemilik asrama yang beliau menginap. Ia memang menjadi kesukaan ramai pendaki, khasnya mereka yang pertama kali datang kesitu dan yang pernah sesat.
Bijaknya awak ni ya!
Sumber: [1]