Suami Isteri Terkejut Kucing Sebenar Masih Hidup Lepas Tanam Bangkai

Sepasang suami dan isteri terkejut selepas mendapati kucing peliharaan mereka masih hidup, selepas mereka menanam bangkai haiwan tersebut.

suami isteri terkejut kucing sebenar masih hidup lepas tanam bangkai

Kejadian berlaku selepas Danielle dan Sam Smith yang bersedih atas kehilangan kucing mereka yang mati dilanggar kereta lalu menanam bangkai haiwan tersebut, sebelum Lucky, kucing mereka muncul di hadapan rumah sehari selepas insiden itu.

suami isteri terkejut kucing sebenar masih hidup lepas tanam bangkai

Ketika kejadian, pasangan dari Birmingham itu dimaklumkan oleh jiran mereka yang menemui bangkai kucing berwarna hitam putih pada 14 Mei lalu.

.

Sam bergegas memeriksa haiwan itu yang mempunyai tanda yang hampir sama dengan kucing peliharaannya berusia 11 bulan. Sam kemudian membawa bangkai haiwan itu ke rumah.

.

“Danielle mendukung bangkai tersebut manakala Sam pula menggali tanah di belakang halaman rumah untuk menanamnya.

“Pasangan itu menanam bangkai kucing itu dan meletakkan batu nisan yang tertera RIP Lucky,” jelas laporan itu.

.

Namun pada keesokka hari, Danielle menerima gambar yang memaparkan kucingnya yang sebenar pulang ke pintu rumah melalui pintu depan dan sedang makan sarapan paginya.

suami isteri terkejut kucing sebenar masih hidup lepas tanam bangkai

Berasa lega selepas mendapat tahu Lucky masih hidup, persoalannya kucing milik siapa yang mereka tanam pada hari sebelum itu?

.

Sumber: [1]