Pertama Kali Dikesan, Kucing Ini Tidak Ada Jantina

Kita sedia maklum haiwan akan dilahirkan dengan jantina sama ada jantan mahupun betina. Namun berbeza dengan seekor kucing ini.

pertama kali dikesan, kucing ini tidak ada jantina

Kucing berwarna putih dengan corak hitam di badannya ini dilaporkan tidak mempunyai jantina kerana tidak mempunyai organ seks, sekaligus menjadi kes pertama seumpamanya berjaya dikesan oleh doktor.

 

Kucing bernama Hope itu pada awalnya dianggap sebagai kucing betina selepas ia didaftarkan ke pusat perlindungan Cats Protection di Warrington, England. Namun doktor kemudiannya gagal mengesan organ seks haiwan ini selepas membuat pemeriksaan rapi.

pertama kali dikesan, kucing ini tidak ada jantina

Sebelum ini doktor biasa menemui kes haiwan yang mempunyai dua organ jantina, namun berbeza dengan Hope yang tdak mempunyai organ seks luar atau dalam.

 

Keadaan ini disebut sebagai agenesis, iaitu kegagalan organ untuk berkembang semasa proses kelahirannya.

 

Meskipun begitu, keadaan kesihatan Hope adalah sangat baik dan sihat.

 

"Kami menjalankan prosedur untuk mencari organ seks tetapi gagal menemuinya.

"Terdapat kemungkinan beberapa tisu ovari ektopik tersembunyi tetapi kami fikir ini sangat tidak mungkin.

"Ini sangat jarang berlaku sehingga tidak ada istilah yang biasa digunakan untuk keadaan ini, tetapi kami simpulkan ia sebagai agenesis organ seksual, iaitu kekurangan atau kegagalan perkembangan organ badan," kata seorang pegawai veterinar Cats Protection, Fiona Brockbank.

 

Sumber: Astro AWANI