Video Anak Kucing Dengan Tiga Mata Curi Perhatian Ramai

Baru-baru ini, satu klip video yang menunjukkan seekor anak kucing mempunyai mata ketiga telah menjadi tular.

video anak kucing dengan tiga mata curi perhatian ramai

Anak kucing berwarna hitam putih itu dikatakan mempunyai mata ketiga pada bahagian dalam mata sebelah kanannya.

video anak kucing dengan tiga mata curi perhatian ramai

Video yang dimuatnaik menerusi laman sosial Raddit, telah mencuri perhatian ramai apabila mendapat 9,600 tanda sokong dan lebih 50 komen dalam masa sejam selepas ia dimuatnaik.

 

“Kucing dengan mata ketiga,” tulis pada kapsyen video tersebut.

Seorang veterinar menerusi ruangan komen telah menerangkan punca ia terjadi.

 

Ujarnya, ia adalah disebabkan mutasi rawak yang berlaku ketika kelahirannya.

video anak kucing dengan tiga mata curi perhatian ramai

"Mutasi rawak berlaku sepanjang masa. Kebanyakannya diperbetulkan atau sel disingkirkan sebelum ia membiak. Daripada yang boleh kekal, kebanyakannya adalah tidak relevan, dalam bahagian bukan pengekodan DNA.

“Tetapi sangat sedikit yang benar-benar berjaya dan menyebabkan perubahan yang menarik seperti ini. Contoh lain mutasi tersebut ialah polydactyly, albinism, heterochromia dan sebagainya,” ujar veterinar itu.

 

Sumber: Reddit