Kita mungkin pernah terbaca kisah kucing di luar negara yang sanggup berjalan kaki beribu kilometer bagi mencari tuannya semula.
.
Namun siapa sangka kisah itu juga berlaku di Malaysia selepas seekor kucing dilaporkan hilang di Pulau Pinang telah ditemui semula sebulan kemudian di Putrajaya.
Kisah dikongsikan seorang pengguna Facebook, Leeza Msi menerusi hantaran dalam akaun sosialnya baru-baru ini hingga tular diperkatakan warganet.
.
“Jangan pergi ke mana sudah, duduk diam-diam dalam rumah kurung dia… Oh sebulan hang (kamu) terlepas pi (pergi) Putrajaya,” tulis beliau dengan memuat naik foto kucing berkenaan.
.
Kucing itu telah dijemput baik sahabat beliau yang merupakan seorang pegawai polis dan kebetulan ada urusan di Bukit Aman, sebelum ia pulang ke Pulau Pinang.
Bagaimanapun pemilik kucing itu tidak menceritakan bagaimana ia dijumpai selain tidak mendedahkan nama, jantina dan usia sebenar haiwan itu.
.
Hantaran itu juga menerima reaksi ramai netizen dengan aksi kenakalan kucing itu yang mampu menjelajah ratusan kilometer dari rumahnya.
.
Sumber: [1], [2]