Bukan Edit, Kucing Ini Memang Dilahirkan Dua Wajah Berbeza

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling terkenal di Malaysia.

 

Kita mungkin biasa melihat warna-warna tertentu yang ada pada seekor kucing, namun pernahkah anda melihat kucing dengan dua wajah berbeza?

ramai terkejut lihat muka kucing ini yang ada dua wajah berbeza

Kucing yang diberi nama Narnia ini mempunyai badan berwarna hitam dengan separuh mukanya kelabu.

ramai terkejut lihat muka kucing ini yang ada dua wajah berbeza

Menurut pemilik Narnia, Jimenez yang menetap di Perancis, beliau pada mulanya terkejut apabila melihat perbezaan pada warna kucing itu.

 

Jelasnya, ada kemungkinan Narnia merupakan chimaera, iaitu dua embrio dalam rahim ibunya bergabung. Namun pakar genetik kini sedang menjalankan ujian ke atas Narnia bagi mendapatkan jawapan punca kenapa ia mempunyai dua wajah berbeza.

ramai terkejut lihat muka kucing ini yang ada dua wajah berbeza

 

 

Sehingga artikel ini ditulis, Narnia yang mempunyai akaun rasmi di Instagram sudah mempunyai lebih 270 ribu pengikut dengan rata-rata warganet memuji keunikkan Narnia ini. Malah ada juga yang beranggapan foto Narnia itu sudah disunting, namun pemiliknya menafikan dakwaan itu sambil berkongsi foto serta video haiwan unik ini.

 

Sumber: Instagram Narnia