Kisah Nenek Berusia 100 Tahun Yang Kahwin Dengan Pemuda 70 Tahun Lebih Muda

Sering kali, cinta sejati melangkaui pelbagai halangan termasuklah jurang umur yang besar, seperti yang dilakukan oleh pasangan ini.

kisah nenek berusia 100 tahun yang kahwin dengan pemuda 70 tahun lebih muda

Korang pasti pernah terdengar kisah mengenai seorang nenek bernama Mek Wook Kundor, 100 tahun, yang berkahwin dengan lelaki 70 tahun lebih muda daripadanya.

Pada ketika perkahwinan tersebut dilangsungkan, ia mencuri perhatian orang ramai gara-gara jurang umur yang begitu besar dan jarang sekali berlaku.

Bukan itu sahaja, wanita kelahiran Kelantan yang dilahirkan pada 1902 itu diketahui sudah berkahwin kira-kira 22 kali sebelum akhirnya berkahwin dengan Muhammad Noor Che Musa yang berusia 30 tahun pada ketika itu.

Kisah mereka bermula apabila Musa datang menyewa rumah nenek Kundor.

Dari situnya, timbulnya bibit percintaan antara mereka berdua sehingga memutuskan untuk berkahwin pada 2005.

Bagaimanapun, perkahwinan mereka pernah mendapat sindiran daripada jiran yang menyangka Musa hanya mahu menggunakan nenek Kundor untuk tinggal di rumahnya.

Tetapi, kedua-duanya tidak mengambil peduli terhadap buah mulut orang.

Memetik laporan Tribun News, Musa dikatakan mengambil keputusan untuk mengahwini nenek Kundor kerana kasihan dengannya yang tinggal bersendirian.

Selain itu, nenek Kundor juga pernah berkongsi tips mengekalkan rumah tangga bahagia yang mana menurutnya, seseorang isteri itu mestilah pandai memasak serta perlu sentiasa menjaga penampilan.

Kali terakhir cerita mengenai pasangan tersebut didengari adalah sekitar 2018 yang mana perkahwinan nenek Kundor dan Musa dikatakan masih berkekalan dan kedua-duanya merancang untuk mengambil anak angkat.

 

Sumber: [1]