Percayakah anda pada kelahiran semula?
Pada 2002, pernah diterbitkan satu artikel di dalam majalah Oriental Women yang menceritakan kisah reinkarnasi.
Menurut artikel tersebut, suatu ketika dahulu, terdapat seorang anak kecil bernama Tang Jiang Shan yang lahir pada 1976 di Dong Fan, China yang mana menurut ibu bapanya, ketika dia berusia tiga tahun, dia tiba-tiba mengungkapkan kepada kedua-dua orang tuanya itu: “Saya bukan anak anda. Pada masa lalu, nama saya ialah Chen Ming Dao, yang ayahnya dalam hidup itu adalah seorang lelaki yang bernama San Die. Rumah saya di Dan Zhou, berhampiran laut.”
Cerita kanak-kanak itu lagi, di kehidupan lalu di dibunuh oleh pedang dan pistol pada zaman Revolusi. Dialeknya juga agak dikatakan berbeza dengan Hok Kian yang digunakan penduduk bandar Dong Fang.
Lebih mengejutkan, kanak-kanak tersebut juga dikatakan mempunyai bekas luka pedang di pinggangnya, dipercayai merupakan parut yang telah ada pada dirinya sejak dari kehidupan dahulu lagi.
Selama beberapa tahun, Tang dikatakan mendesak kedua-dua ibu bapanya itu untuk membawanya kembali kepada kehidupan kampung sebelumnya yang mana mereka akhirnya akur. Ketika berjalan di kawasan perkampungannya itu, Tang menemui seorang lelaki berusia bernama Chen Zan Ying yang mana lelaki itu kemudian dipanggilnya San Die, yang juga merupakan ayahnya di kehidupan lepas.
Dia memberitahu Chen bahawa setelah kematiannya itu, dia dilahirkan kembali di kota Dong Fang dan kini datang mencari orang tua dari kehidupannya yang lalu.
Mendengar cerita pelik itu, Chen menjadi terpana seketika, seolah-olah tidak mempercayai ‘anaknya’ itu.
Kemudian anak kecil itu menunjukkan bilik tidur masa lalunya, serta menghitung satu demi satu perkara dalam kehidupannya yang lalu.
Dia juga mengenali kakak dan adik perempuannya serta orang lain kampung yang pernah didiaminya itu.
Bahkan dia turut menyebut mengenai teman wanitanya di masa lalu yang bernama Xie Shu Xiang.
Perkara tersebut mengagumkan saudara-mara dan jiran Chen Ming Dao.
Sejak itu, Tang Jiang Shan mempunyai dua rumah dan dua pasangan ibu bapa, dia juga berulang-alik setiap tahun antara Dong Fang dan Dan Zhou.
Difahamkan bahawa kesemua pengarang majalah berkenaan pada mulanya tidak mempercayai kisah tersebut hinggakan mereka berkali-kali mencuba mendapatkan pengesahan saudara Tang Jiang Shan, yang mana mereka mengakui kebenaran mengenai kejadian itu.
Sumber: [1]