Aneh namun itu yang dilaporkan berlaku di Mbizana, sebuah kawasan di Afrika Selatan apabila seorang wanita dikatakan melahirkan anak dalam keranda selepas meninggal dunia pada 2018.
Meskipun sudah hampir empat tahun insiden itu terjadi, ia masih menjadi bualan penduduk tempatan dan mereka yang berada di lokasi lain yang tahu kisah mengenainya.
Menurut laporan, wanita yang dikenali sebagai Nomveliso Nomasonto Mdoyo dari perkampungan Mthayisi meninggal dunia ketika 9 bulan mengandung dan mayatnya disimpan hingga hari ke-10 kematiannya.
Menurut ibunya, anaknya itu meninggal dunia secara tiba-tiba akibat sesak nafas.
Ibunya berkata lagi, mereka sekeluarga seakan tidak percaya dengan kematian Nomveliso, namun menerimanya dengan penuh kesedihan.
Semasa mayatnya dibawa ke kubur untuk pengebumian, petugas kubur yang memeriksa telah menemui bayi di celah kaki mayat terbabit, namun bayi itu juga dikatakan sudah meninggal dunia.
Petugas kubur kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa dan insiden terbabit mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak.
Sehingga kini, penduduk tempatan masih bercakap mengenai insiden itu, malah ada yang mengaitkan ia dengan amalan sihir.
Sumber: [1]