Kisah seorang lelaki yang terpalit dengan konflik bersama ibunya menjadi tular di media sosial baru-baru.
Memetik laporan The Sun, lelaki yang tidak disebutkan namanya itu menceritakan kisah ibunya yang toksik di salah satu platform perkongsian popular dalam talian, iaitu Reddit.
Hubungannya yang tidak akrab bersama ibu mertua menyebabkan wanita itu dalam diam melakukan ujian DNA ke atas anaknya bagi membuktikan sekiranya benar mereka merupakan cucu kandungnya.
Kongsi lelaki itu, segala-galanya bermula apabila dia dan isterinya yang dikenali sebagai Sonya, bertemu di sebuah restoran.
Pada waktu itu, isterinya bekerja sebagai pelayan di restoran yang mana beberapa ketika selepas pertemuan itu, kedua-dua mereka memutuskan untuk bercinta.
Lelaki itu kemudian membawa Sonya menemui ibu bapanya.
Tetapi setelah bertemu Sonya, ibu bapanya menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju terhadap hubungan tersebut.
Menurut ibu bapa lelaki itu, Sonya hanya mahu mempergunakan anak mereka.
“Ibu bapa saya berpendapat bahawa Sonya hanya menggunakan saya untuk mencapai ‘American dream’. Saya mengatakan kepada mereka bahawa itu adalah rasis dan saya sangat tersinggung dengan anggapan mereka,” tulis lelaki itu.
Ketika ibu bapanya mendapat tahu bahawa dia melamar Sonya, mereka menjadi sangat kecewa dan enggan memberi restu.
"Ibu bapa saya berpendapat bahawa Sonya hanya menggunakan saya untuk mencapai impian Amerika. Saya mengatakan kepada mereka bahawa itu rasis dan saya sangat tersinggung dengan anggapan mereka," tulis lelaki itu.
Kerana itu, lelaki itu dan Sonya memutuskan untuk kahwin lari dan hanya ditemani saudara dan sahabat terdekat mereka.
Dua tahun selepas perkahwinan, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki yang dinamakan Garreth. Setelah Garreth dilahirkan, hubungan antara lelaki itu dan ibu bapanya mula kembali jernih.
Ibu bapa lelaki itu mula mengunjungi cucunya secara berkala.
Tetapi suatu hari, lelaki itu terdengar kata-kata ibunya yang membuatkannya curiga.
Dua tahun selepas perkahwinan, keduanya dikurniakan seorang bayi lelaki yang dia namakan Garreth. Setelah Garreth dilahirkan, hubungan antara lelaki itu dan ibu bapanya mula bertambah baik.
Ibu bapa lelaki itu mula mengunjungi cucunya secara berkala. Tetapi suatu hari lelaki itu mendengar kata-kata ibunya yang membuatnya curiga.
“Suatu hari ketika ibu dan ayah sedang bermain dengan Garreth, ibu berkata sesuatu yang berbunyi, ‘Bukankah kamu bayi yang paling lucu? Saya sangat gembira dapat mengesahkan bahawa awak memang cucu saya’,” jelas lelaki itu.
Ketika itu, sang ibu tidak menyedari bahawa anaknya itu berada berdekatan dan mendengar apa yang diperkatakannya.
Mendengar perkara tersebut, lelaki itu terus bergegas meminta penjelasan daripada ibunya.
Namun, sang ibu terus berusaha mengubah topik sebelum akhirnya menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.
Ibu lelaki itu mengatakan dia meminta maaf kerana telah melakukan ujian DNA pada Garreth bagi mengesahkan bahawa bayi itu sememangnya anaknya.
Mendengar penjelasan itu, lelaki itu segera terdiam sebentar dan marah, sebelum dia menghalau kedua-dua ibu bapanya keluar dari rumah mereka.
“Ibu saya sangat menyesal dan mengatakan ia kerana mereka tidak mempercayai isteri saya dan anak kami tidak kelihatan seperti saya,” kongsi lelaki itu.
Selepas kira-kira dua minggu kejadian itu, lelaki itu akhirnya mengagahkan diri untuk memberitahu mengenai kejadian tersebut kepada isterinya, Sonya, yang mana wanita itu segera menangis.
Ia sekali gus membuatkan lelaki tersebut turut berasa sedih kerana dia tahu betapa Sonya berusaha keras untuk memenangkan hati ibu mertuanya.
“Ketika ibu memanggil untuk bertanya bila mereka boleh berkunjung lagi, saya memberitahu mereka bahawa mereka tidak lagi diterima dalam hidup kami.
“Ibu menelefon ayah saya dan memberitahunya hal yang sama. Dia marah, dia memanggil saya tidak bersyukur dan kejam. Dia juga mengatakan beberapa perkara mengenai isteri saya yang membuatkan saya semakin marah.
“Saya tidak mendengar selebihnya kerana saya menamatkan panggilan itu,” terang lelaki itu.
Dia bagaimanapun kemudian meminta pendapat daripada pengguna lain di platform tersebut, serta bertanyakan sekiranya tindakan itu berlebihan.
Tetapi, ramai pengguna menyatakan sokongan mereka terhadap dirinya serta mengatakan bahawa tindakan yang diambilnya itu sememangnya wajar bagi melindungi keluarga dan anaknya sendiri.
Sumber: [1]