Personaliti TV, pelakon dan model dari Amerika Syarikat, Kim Kardashian adalah nama yang cukup dikenali di mata dunia.
Dalam satu temubual baru-baru ini, selebriti berusia 41 tahun itu mengakui rela untuk melakukan apa sahaja termasuk memakan kotoran najis, jika cara itu terbukti berkesan untuk menjadikan wajahnya cantik.
.
“Saya sanggup memakan najis jika itu boleh membuatkan saya cantik. Bahkan memakannya setiap hari pun tidak mengapa,” kata dalam satu temubual yang diadakan bersama New York Times.
.
Katanya lagi, dia tidak kisah untuk melakukan apa sahaja termasuk perkara menjijikan demi mendapatkan kecantikan dan kekal muda setiap masa.
.
“Saya tidak kisah jika cara itu boleh membuatkan saya sentiasa kelihatan muda dan cantik,” ujarnya.
.
Kim nyata bertuah kerana setakat ini tiada sebarang bukti saintifik yang mencadangkan memakan najis atau sebarang kotoran boleh membantu awet muda.
.
Sumber: [1], [2]