Ketinggian Burj Khalifa Bikin Seseorang Mampu Melihat Matahari Terbenam Dua Kali Sehari

Percaya atau tidak, anda sebenarnya mampu melihat matahari terbenam sebanyak dua kali dalam satu hari.

ketinggian burj khalifa bikin seseorang mampu melihat matahari terbenam dua kali sehari

Bunyi macam pelik kan? Tapi ia tidak mustahil.

Jarang sekali dapat kita alami kejadian sebegini, namun ia hanya berlaku di bangunan tertinggi di dunia, tak lain tak bukan, Burj Khalifa.

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana kejadian ini boleh terjadi.

Jawapannya mudah, ia kerana ketinggian Burj Khalifa yang dianggarkan 828 meter hingga membuatkannya bergelar bangunan tertinggi di dunia.

Bayangkan, sekiranya anda sempat melihat matahari terbenam di bawah bangunan Burj Khalifa, anda sekali lagi dapat melihat pemandangan tersebut dengan bergegas masuk ke lif, dan menekan butang pada bangunan tertinggi.

Hasilnya, anda berupaya untuk menyaksikan matahari terbenam sebanyak dua kali sehari!

Tidak ketinggalan, jarak waktu antara bangunan paling bawah di Burj Khalifa dan puncak bangunan tertinggi dunia itu dianggarkan kira-kira tiga minit.

Ini juga membuatkan seseorang Muslim yang tinggal di bangunan atas Burj Khalifa harus berpuasa lebih lama pada bulan Ramadhan kerana perbezaan waktu yang terdapat antara dasar bangunan tersebut dengan puncaknya.

 

Sumber: GIZMODO