Lelaki Ini Makan Batu Tiap Hari Lebih 30 Tahun Untuk Elak Sakit Perut

Seorang warga emas di negeri Maharashtra, India sanggup menelan batu setiap hari selama lebih 30 tahun, bagi mengelakkan rasa sakit perut.

lelaki ini makan batu tiap hari lebih 30 tahun untuk elak sakit perut
 
Ramdas Bodke, 78, akan menelan 250 gram batu setiap hari untuk tujuan berkenaan selepas puas berubat di merata-rata tempat, namun penyakitnya itu tidak pula sembuh.

lelaki ini makan batu tiap hari lebih 30 tahun untuk elak sakit perut
 
Beliau yang tidak dapat menahan rasa sakit berkenaan, akhirnya mengikut saranan seorang penduduk di kampungnya untuk menggantikan makanan dengan batu.
 
Ramdas yang menjadikan makan batu sebagai satu diet aneh selama berpuluh tahun lamanya, mengakui tidak lagi berasa sakit perut sejak mengamalkannya selama 32 tahun lalu.
 
Menurut pakar, ketagihan makan batu ini juga dikaitkan dengan masalah mental.

 
Sumber: Kosmo!