Siapa Sangka Kerusi Pejabat Ini Mampu Capai Kelajuan 20 km/j?

Kita mungkin biasa dengan kelajuan sesebuah kenderaan seperti kereta atau motosikal, namun pernahkah anda dengar kelajuan sebuah kerusi pejabat?

 

Kerusi pejabat yang dicipta khas oleh pasukan jurutera dan pereka dari Volkswagen ini bukanlah kerusi pejabat yang biasa anda guna kerana ia boleh mencapai kelajuan maksima 12 batu sejam (20 km/j)!

siapa sangka kerusi pejabat ini mampu capai kelajuan 20 km/j?

Didatangkan dengan enjin terbina dan kawalan pada papan kemuka, kerusi pejabat ini bakal memberi pengalaman berbeza kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya kerana pengguna akan merasai suasana seperti dalam kereta Volkswagen sebenar.

siapa sangka kerusi pejabat ini mampu capai kelajuan 20 km/j?

Selain itu, kerusi pejabat ini juga didatangkan dengan tali pinggang keledar, hon, speaker dalaman terbina, rim dan tayar.

 

Tak cukup dengan itu, ia juga mempunyai sensor 360 darjah yang akan mengelakkan sebarang pelanggaran, kamera undur, paparan sentuh, lampu hadapan, pengecas USB dan ruang storan kecil yang dikemaskan dengan logo VW.

siapa sangka kerusi pejabat ini mampu capai kelajuan 20 km/j?

siapa sangka kerusi pejabat ini mampu capai kelajuan 20 km/j?

Penciptanya berkata, kerusi pejabat itu didatangkan juga dengan bateri boleh dicas semula untuk jarak sehingga 12-kilometer perjalanan.

 

Bagaimanapun, kerusi ini bukanlah untuk dijual kepada orang ramai kerana ia direka untuk projek khas syarikat Volkswagen. Volkwagen berkata lagi, kerusi itu mungkin akan diletakkan di beberapa lokasi untuk orang ramai membuat ‘pandu uji’.