Kerjaya Baru Uji Kesetiaan Suami Pelanggan Kini Jadi Trend, Bayaran Lumayan!

Tahukah anda, kini terdapat satu kerjaya baharu dimana seseorang itu hanya perlu memikat suami kepada pelanggan wanita dan dibayar dengan bayaran cukup lumayan?

kerjaya baru uji kesetiaan suami pelanggan kini jadi trend, bayaran lumayan!

Kerjaya yang disebut sebagai ‘inspektor kesetiaan’ ini menjadi semakin popular di media sosial seperti Tiktok dan Instagram, dan biasanya dilakukan oleh wanita muda.

 

Perkara itu mendapat perhatian media di Brazil yang mana inspektor kesetiaan ini akan menerima bayaran lumayan hanya dengan menghantar mesej DM, WhatsApp atau apa-apa pesanan kepada suami pelanggan mereka, bertujuan untuk memikat mangsa.

 

Segala mesej dan perbualan yang dibuat ‘inspektor kesetiaan’ akan dihantar kepada pelanggan mereka sendiri sebagai bukti sama ada suami mereka curang atau tidak.

 

Salah seorang ‘inspektor kesetiaan’, Nicolly, 22, melakukan kerja ini selepas didatangi oleh seorang wanita di Instagram untuk menguji kesetiaan suaminya.

 

“Dia (pelanggan wanita) menemui saya di Instagram dan berkata saya sangat cantik dan mempunyai ciri-ciri yang suaminya suka.

“Katanya, dia sangat mencurigai suaminya sendiri kerana pernah banyak kali menipu,” kata Nicolly.

 

Nicolly kemudian bersetuju untuk berpakat dengan pelanggan itu sebelum menghantar pesanan mesej kepada suaminya secara tidak sengaja. Sejak dari itu, mereka saling berhubungan tanpa si suami itu sedar segalanya sudah diaturkan isterinya sendiri.

 

Daripada kerja yang dilakukan Nicolly ini, beliau memperoleh bayaran antara RM3,000 sehingga RM5,000 untuk menguji kesetiaan suami para pelanggannya.

 

Kerjaya seperti ini dilihat semakin menjadi pilihan ramai wanita muda kerana ia amat mudah dilakukan dan dapat memperoleh bayaran lumayan dalam sekelip mata.

 

Apa kata anda?

 

Sumber: Oddity Central