Sebuah kereta terbang elektrik ciptaan syarikat teknologi di California, Alef Aeronautics (AA) kini telah menerima pensijilan kelayakan udara khas daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).
![kereta terbang pertama dunia dibuka untuk tempahan dengan harga bermula rm1.3 juta](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/alef-aeronautic-flying-car-03.jpg)
Ia sekaligus membolehkan kereta terbang dua tempat duduk itu boleh menjalani ujian di darat dan juga udara.
Menurut sumber, kereta dengan nama Model A didatangkan dengan kuasa elektrik atau hidrogen, mampu mencapai kelajuan 321kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 117 km/j di udara dengan caj penuh.
![kereta terbang pertama dunia dibuka untuk tempahan dengan harga bermula rm1.3 juta](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/alef-aeronautic-flying-car-04.jpg)
Model A juga mempunyai rekaan kabin berputar yang membenarkan ia bergerak ke mana-mana arah sambil memastikan pemandu serta penumpang stabil sepanjang perjalanan.
Tempahan untuk Model A juga telah dibuka dengan harga bermula AS$300,000 (RM1.3 juta), sejak pertama kali ia diperkenalkan pada Oktober 2022.
Pembeli dijangka akan menerima kereta terbang mereka selepas Model A dikeluarkan pada suku keempat 2025.
Sumber: Sinar Harian