Sekali pandang kereta ini pasti dalam fikiran anda ia adalah kereta potong yang diubahsuai menjadikannya satu tempat duduk.
Dan sudah pasti nilai kereta ini yang dibayangkan dalam fikiran kita adalah jauh lebih murah berbanding kereta biasa. Namun realitinya, ia jauh lebih mahal dan menyamai harga rumah di Malaysia.
Kereta mikro yang dikenali sebagai Peel P50 yang dihasilkan pada tahun 1960-an ini telah dilelong pada harga mencecah £111,000 (RM608,185).
Kenderaan satu tempat duduk itu boleh dipandu sejauh 160 kilometer bagi setiap 3.7 liter dengan kelajuan 61 km sejam.
Kereta antik dari tahun 1963 ini berbeza dengan kereta biasa kereta ia tidak mempunyai gear undur. Jadi, pemandu harus keluar dan menolak kereta itu ke belakang.
Platform lelongan kereta atas talian, Car and Classics berkata model kenderaan itu telah menjadi rebutan ketika sesi lelongan yang digambar seperti ‘sebuah peperangan’.
“Penampilannya yang padat dan imej ‘nakal’ yang diketengahkan menjadikannya pilihan menarik sebagai kereta untuk bersiar-siar di bandar.
“Sebahagian daripada tarikan lain adalah sejarahnya yang glamor dan ciri unik serta jarang dibina, lantas menjadikan Peel P50 satu objek bidaan rebutan sehingga mampu dilelong pada harga £111,000 (RM608,115),” kata jurucakap mereka.
Sumber: [1]