Akibat Tak Bayar Parkir, Kereta Mainan Budak Ini Kena Tunda

Siapa sangka sebuah kereta mainan untuk budak kecil juga boleh ditunda pihak berkuasa gara-gara tidak membayar caj parkir?

akibat tak bayar parkir, kereta mainan budak ini kena tunda

Itu yang terjadi menerusi satu rakaman video di Britain baru-baru ini dan menjadi tular menerusi laman TikTok.

.

Menerusi akaun @Drose3pt, sebuah trak tunda dilihat sedang mengangkut kereta mainan berwarna merah jambu yang dipercayai melakukan kesalahan meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya atau tidak membayar tiket parkir.

akibat tak bayar parkir, kereta mainan budak ini kena tunda

“Kasihan, pemandunya (kanak-kanak) mungkin singgah di kedai untuk membeli aiskrim,” tulis pengguna tersebut.

.

Menerusi ruangan komen, ramai yang terhibur menyaksikan insiden itu dan ada yang berseloroh mengatakan majlis bandar raya di London akan menunda apa sahaja termasuklah kereta mainan.

 

@drose3pt

 

♬ original sound - D rose3pt

 

“Pasti pegawai tiket parkir mendapat bonus lebih pada bulan ini kerana berjaya menyaman kereta mainan,”

“Ini adalah pengajaran kepada kanak-kanak bahawa tiada benda percuma di dunia ini,” kata seorang lagi netizen.

 

Sumber: [1]