Aik! Kereta Api Dekat Dalam Stadium Bola Sepak?

Siapa nak sangka, di dalam sebuah stadium bola sepak yang terletak di Cierny Balog, Slovakia terdapatnya landasan kereta api yang membolehkan kereta api wap melalui kawasan di dalam bangunan itu.

aik! kereta api dekat dalam stadium bola sepak?

Sesekali, kereta api wap itu akan melalui dan menghalang aksi penyokong buat seketika.

Landasan Kereta Api Cierny Hron sepanjang 17 kilometer itu difahamkan telah dibina sebagai landasan kereta api hutan untuk operasi pembalakan pada 1909. 

Pada 1927, lalu lintas penumpang mula dibenarkan di landasan kereta api antara Cierny Balog dan Hronec.

Kereta api itu ditutup pada tahun 1982, tetapi sepuluh tahun kemudian, ia telah dibaiki oleh peminat dan dibuka semula sebagai kereta api warisan untuk pelancong.

Laluan itu dipercayai satu-satunya landasan kereta api di dunia yang melalui tengah-tengah stadium bola sepak.

Menariknya, padang bola sepak itu hanya mula dibina apabila kawasan kampung itu berkembang.

Pasukan Slovakia Tatran Cierny Balog mempunyai kereta api sebenar yang berjalan di samping padang mereka.

Apabila landasan kereta api dibina pada tahun 1914, tiada padang bola sepak. Itu dibina kemudian, apabila kampung itu berkembang.


Sumber: The Indian Express