Kerana ‘Top Up’, Remaja Bertindak Curi Wang & Bakar Rumah Jiran

Hanya kerana ingin membeli top up semata-mata untuk meneruskan permainan komputer dalam talian, seorang remaja berusia 15 tahun sanggup mencuri wang dan membakar rumah jirannya.

kerana ‘top up’, remaja bertindak curi wang & bakar rumah jiran

Kejadian tersebut berlaku di Jawa Timur, Indonesia.

Menerusi laporan berita Tribunnews, suspek terbabit berjaya diberkas penduduk setempat ketika dia cuba melarikan diri dalam kejadian yang berlaku sekitar 6 petang, Sabtu lalu, di Desa Jambangan, Kabupaten Candi, Kabupaten Sidoarjo.

Difahamkan bahawa suspek menceroboh masuk ke rumah tersebut melalui tingkap.

Namun, setelah menemui kegagalan untuk mencuri wang, dia kemudiannya bertindak dengan membakar kasut di rumah berkenaan.

Suspek tersebut kemudian cuba melarikan diri dari lokasi kejadian tetapi berjaya ditangkap oleh penduduk setempat sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Akan tetapi, api terus marak sehingga menyebabkan keseluruhan rumah tersebut hangus dijilat api. Nasibnya, pemilik tidak berada di rumah ketika berlakunya kejadian tersebut.

Menurut perkongsian pihak polis, terdahulu, remaja sama turut mempunyai rekod jenayah yang melibatkan kes kecurian di rumah sama dengan wang sebanyak 1 juta rupiah (RM300).

Tidak hanya terhenti di situ, suspek juga pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri wang tabung derma. Susulan daripada kejadian yang baru berlaku itu, bapa suspek memohon maaf atas kejadian tersebut dan sanggup membayar ganti rugi kepada mangsa.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN