Kerana Dendam, Wanita Langgar Lampu Isyarat 49 Kali Pakai Kereta Bekas Kekasih!

Gara-gara ingin membalas dendam, seorang wanita melanggar lampu isyarat warna merah dengan menggunakan kereta bekas kekasihnya.

kerana dendam, wanita langgar lampu isyarat 49 kali pakai kereta bekas kekasih!

Bagaimanapun, dia kemudian ditangkap dan didakwa bersama seorang lagi lelaki lain yang membantunya ketika kejadian tersebut berlaku.

Menurut pihak polis di Shaoxing, wilayah Zhejiang, China, seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Chen menyewakan kereta model Audi daripada pemilik asal, yang bernama Qian.

Chen kenudian menyerahkan kereta terbabit kepada lelaki lain yang bernama Zhu, yang kemudian ditangkap bersama seorang wanita bernama Lou yang melakukan kesalahan tersebut. Ketika kejadian itu berlaku, mereka ditangkap oleh polis tempatan dan ditahan kerana memandu dengan laju.

Lanjut pihak polis lagi, Qian yang merupakan pemilik kereta tersebut, dan wanita bernama Lou itu pernah bercinta sebelumnya. Namun, Lou geram kerana Qian meninggalkannya untuk wanita lain.

Hasil soal siasat pihak polis mendapati Zhu mengaku bahawa dia meminta rakannya, Chen, untuk menyewakan kereta itu kepadanya.

Tambahnya, dia bersetuju untuk bersubahat melakukan perbuatan itu kerana Lou berjanji akan bercinta dengannya sekiranya dia melakukannya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN