Gara-Gara Kening Macam Shin Chan, Wanita Ini Terpaksa Tahan Malu

Seorang wanita yang menjalani rawatan microblading pada bahagian keningnya terpaksa menahan malu hampir setahun gara-gara hasilnya yang memalukan.

.

Mana tidaknya, wanita yang dikenali sebagai Crystal Weinstock, 37, dari Houstan mempunyai kening yang mirip seakan watak animasi popular Jepun iaitu Crayon Shin Chan.

gara-gara kening macam shin chan, wanita ini terpaksa tahan malu

Menurut laporan, beliau dikatakan membayar AS$340 (kira-kira RM1,493) bagi menjalani rawatan tersebut, namun tidak menyangka hasilnya sangat mengecewakan.

.

Keningnya seakan Shin Chan itu juga membuatkan anaknya sendiri menjadi terlalu takut untuk mendekatinya.

.

Mangsa yang bekerja sebagai pakar pergigian itu sudah lama merancang untuk mendapatkan rawatan microblading pada keningnya dan pertama kali hadir pada November lalu.

.

Tetapi disebabkan berlaku pendarahan, beliau mencuba lagi pada sesi kedua.

.

“Saya sangat teruja untuk memiliki kening yang sempurna seperti ditunjukkan dalam gambar bagaimana keadaan kening yang akan dimiliki.

“Saya datang semula menjalani sesi kedua, Disember lalu, dan pendarahan masih berlaku dan pigmen tidak melekat pada kulit saya,” katanya.

.

Rawatan microblading adalah teknik bagi membuat penampilan alis yang lebih penuh dan tebal. Jarum kecil akan ditusuk ke dalam kulit bagi menambahkan pigmen separa kekal untuk menghasilakn alis yang lebih penuh.

.

Disebabkan kegagalan rawatan itu, wanita itu terpaksa ke klinik lain yang lebih jauh di Houston bagi membuang prosedur tersebut.

.

Sumber: [1]