Pengguna Internet Curiga Kenapa Pulau Ini Dikaburkan Dari Google Maps?

Aplikasi Google Maps merupakan perkhidmatan pemetaan web yang dibangunkan oleh Google. Ia menawarkan ciri-ciri pengimejan satelit, peta jalan, pemandangan panorama jalan 360°, keadaan lalu lintas, dan perancangan laluan untuk perjalanan kepada penggunanya serata dunia.

pengguna internet curiga kenapa pulau ini dikaburkan dari google maps?

Sejak ia dibangunkan, banyak penemuan berjaya dibuat seperti imej aneh dan lokasi yang dikatakan sulit dibeberapa tempat di dunia.

 

Sama kisahnya dengan sekumpulan pengguna internet yang curiga dengan kewujudan sebuah pulau di Lautan Pasifik iaitu pulau Moruroa.

pengguna internet curiga kenapa pulau ini dikaburkan dari google maps?

Pulau tersebut pada pandangan dalam Google Maps ditetapkan pada mod kabur oleh semua pengguna aplikasi berkenaan. Ia membuatkan ramai tertanya-tanya apa sebenarnya yang wujud disitu dan mengapa ia menjadi begitu sulit untuk ditunjukkan kepada umum.

pengguna internet curiga kenapa pulau ini dikaburkan dari google maps?

Menurut sejarah, pulau tidak berpenghuni yang terletak di Polinesia, Perancis ini pernah menjadi lokasu ujian nuklear berskala besar. Antara tahun 1966 dan 1996, Perancis menggunakan pulau itu sebagai tapak dan kawasan dengan lebih 181 kali ujian nuklear dibuat.

 

Dilaporkan, letupan akibat nuklear dikawasan itu mempunyai lebih 200 kali kekuatan letupan jika dibandingkan dengan kejadian di Hiroshima pada 1945.

pengguna internet curiga kenapa pulau ini dikaburkan dari google maps?

Malah kajian yang dibuat Greenpeace menemui air dikawasan itu telahpun tercemar dengan radiasi setinggi bacaan 12 milirems.

 

Pulau tersebut yang dikawal ketat oleh tentera Perancis, tidak membenarkan mana-mana pelawat mengunjunginya, mungkin menjadi sebab kenapa Google mengaburkan beberapa kawasan di pulau ini daripada aplikasi Google Maps.

pengguna internet curiga kenapa pulau ini dikaburkan dari google maps?

Kisah hampir sama terjadi kepada sebuah rumah yang dikaburkan selamanya dari Google Maps ini, terletak Syemour Avenue, Cleveland kerana pernah menjadi lokasi banduan yang didakwa menculik, merogol dan menyiksa tiga orang gadis selama 10 tahun.

 

Sumber: [1]