Kena Saman Akibat Bayang-Bayang Kereta Masuk Parkir OKU

Seorang pemandu seakan tidak percaya apabila dikenakan saman sebanyak £65 (kira-kira RM364.00) akibat bayangan keretanya berada dalam kotak parkir Orang Kelainan Upaya (OKU).

kena saman akibat bayang-bayang kereta masuk parkir oku

Kejadian berlaku di luar Pejabat Pos Blackheath, Lewisham, London selepas pemandu, Matthew Cole meletakkan kereta jenis Ford pada Mac lalu.

.

Bagaimanapun beliau tidak menyedari bayang-bayang keretanya berada dalam kotak parkir OKU, meskipun keretanya berada dalam kotak parkir yang betul.

kena saman akibat bayang-bayang kereta masuk parkir oku

Akibat daripada itu, beliau telah dikenakan saman parkir daripada Pihak Berkuasa Tempatan Lewisham hanya kerana bayang-bayang keretanya itu.

.

“Ia tidak masuk akal langsung. Tiada sebarang tanda di tempat saya meletakkan kereta dan gambar yang mereka hantar kepada saya hanya menunjukkan bayang-bayang kereta saya di tempat OKU.

Ini adalah salah. Mereka menguatkuasakan sesuatu yang tidak wujud. Mungkin £65 (RM364.00) itu tidak banyak bagi sesetengah pihak tapi prinsipnya ia tetap salah,” katanya.

kena saman akibat bayang-bayang kereta masuk parkir oku

Tambah beliau lagi, jika saman itu tidak dibayar tepat pada waktunya, ia akan berganda sehingga £124 (RM700.00)

.

Matthew yang bekerja sebagai tukang kebun telah membuat rayuan atas saman itu, namun aduannya telah ditolak.

.

Pihak berkuasa yang memberikan saman kepada Matthew tetap dengan saman yang dikenakan atas alasan lelaki itu meletakkan kenderaan pada kotak parkir OKU, dan parkir itu dikhaskan untuk pemegang kad OKU sahaja.

.

Sumber : [1]