Pasangan Ini Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Gagal Beri Cucu

Sepasang pasangan ibu dan bapa telah bertindak memfailkan saman kepada anaknya sendiri kerana gagal memberikan mereka cucu.

pasangan ini dihadapkan ke mahkamah kerana gagal beri cucu

Insiden yang berlaku di Uttarakhand dekat India dimana pasangan Sanjeev dan Sadhana Prasad memfailkan saman keatas anak lelaki mereka atas kesalahan gangguan mental kerana gagal memberikan mereka cucu selepas perkahwinannya selama hampir enam tahun.

.

Tuntutan saman mahkamah sebanyak $650,000 atau kira-kira RM 2,863,250.00 dibuat atas kos membesarkannya dari kecil termasuklah pendidikan, latihan profesional yang membantu anaknya itu mendapatkan pekerjaan dan juga kos perkahwinannya pada tahun 2016.

.

“Anak saya sudah berkahwin hampir enam tahun dan masih belum merancang untuk mempunyai anak.

“Setidaknya jika ada cucu untuk kami bermain, rasa kecewa kami dapat terubat,” ujar Prasad yang berusia 62 tahun.

.

Prasad yang juga seorang pesara menghabiskan wang simpanannya bagi membiayai kos untuk anaknya belajar kursus juruterbang di Amerika Syarikat, perkahwinan serba mewah pada tahun 2016, percutian bulan madu di Thailand, kereta dan banyak lagi. Apa yang diminta Prasad hanyalah cucu, namun anaknya, Sagar, gagal memberikannya kepada mereka.

.

“Kami korbankan cita-cita kami untuk membesarkannya. Malah kami turut memohon pembiayaan bagi menyara pendidikannya. Namun atas segala usaha kami, anak saya dan isterinya telah menyebabkan gangguan mental kepada kami kerana gagal memberikan kami cucu. Masyarakat sekeliling juga bertanya, membuatkan kami tertekan,” ujarnya.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN