Kembar Ini Lahir Jarak 15 Minit, Tapi Tahun Berbeza

Kita mungkin biasa mendengar kes kelahiran kembar sama ada seiras mahu pun tidak seiras, dengan tarikh lahir yang sama antara mereka.

 

Namun berbeza dengan kes kelahiran kembar dari California ini apabila mereka dilahirkan pada jarak 15 minit dengan tahun kelahiran yang berbeza.

kembar ini lahir jarak 15 minit, tapi tahun berbeza

Ibunya, Fatima Madrigal telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Alfredo Antonio Trujillo pada jam 11.45 malam pada Sabtu lalu, 31 Disember 2021.

 

Selang 15 minit kemudian, beliau selamat melahirkan kembarnya iaitu bayi perempuan, Aylin Yolanda Trujillo tepat pada tengah malam tahun baru 2022.

kembar ini lahir jarak 15 minit, tapi tahun berbeza

"Sukar dipercayai bagi saya bahawa mereka adalah kembar dan mempunyai hari lahir yang berbeza.

"Saya terkejut dan gembira kerana mereka tiba pada tengah malam tahun baharu," kata Madrigal dalam kenyataan akhbar.

 

Doktor yang menyambut kelahiran itu turut berkata, ia adalah salah satu kelahiran yang sangat bermakna dalam kerjayanya.

 

“Adalah suatu keseronokan untuk menyambut anak-anak kecil ini dengan selamat pada 2021 dan 2022. Ini adalah cara yang menakjubkan untuk memulakan Tahun Baru!,” kata Dr. Ana Abril Arias, doktor yang menyambut kelahiran kembar berkenaan.

kembar ini lahir jarak 15 minit, tapi tahun berbeza

Kedua-dua kembar ini akan pulang ke rumah bersama ibu, bapa dan tiga adik beradiknya yang lain tidak lama lagi.

 

Sumber: [1]