Siapa sangka pasangan kembar yang kini memasuki usia 20 tahun akhirnya menerima adik mereka yang juga pasangan kembar.
Pada September tahun lalu, pasangan kembar seiras dari Tangerang, Banten ini telah menyambut kelahiran adik lelaki mereka yang juga kembar namun tidas seiras.
Yuliyani dan adik kembarnya yang kini berusia 20 tahun tidak menyangka akan menerima adik kembar pada usia begini namun bersyukur dengan rezeki dari Allah SWT.
“Tidak sangka kami akan menerima adik kembar 20 tahun kemudian, namun itukan rezeki dari Allah SWT, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Perkara itu dikongsikan Yuliyani menerusi laman TikTok dan meraih perhatian ramai pengguna media sosial itu.
Menurut gadis itu, mereka pada mulanya terkejut apabila mendapat tahu ibunya hamil lagi, namun menerimanya dengan hati yang terbuka kerana memang sudah lama inginkan adik.
“Kegembiraan kami berganda apabila mengetahui ibu hamil kembar dan pada masa yang sama bimbang kerana usia ibu sudah 40 tahun.
“Namun, semuanya berjalan lancar sehingga ibu selamat melahirkan adik kembar kami dan keadaan mereka juga sihat,” ujarnya.
Sumber: [1]