Sebuah keluarga dekat negara India sanggup tinggal bersama mayat ahli keluarganya kerana mereka beranggapan dia hanya koma.
Jasad lelaki berusia 35 tahun itu telah dibiarkan dalam rumah sejak April tahun lalu kerana mereka memikirkan dia hanya koma akibat jangkitan COVID-19.
Selepas dijangkiti COVID-19 pada April tahun lalu, lelaki itu disahkan meninggal dunia dan sijil kematiannya juga telah dikeluarkan pihak hospital. Namun ahli keluarga mangsa enggan menerima hakikat kematian itu dan membawa mayatnya pulang ke rumah. Pada anggapan mereka, lelaki itu hanya koma dan boleh hidup kembali.
Namun selepas lebih setahun tinggal bersama mayat tersebut, nyata lelaki itu sudahpun menjadi mayat dan tidak lagi boleh hidup semula.
Menurut laporan, selepas membawa pulang mayat lelaki itu dari hospital pertama, ahli keluarganya membawa mayat tersebut ke hospital lain untuk mengesahkan akan kematiannya. Pihak hospital mengesahkan kematian lelaki itu, tetapi ahli keluarganya enggan menerima kenyataan.
Disebabkan ahli keluarganya percaya lelaki itu masih hidup, mereka memasangkan alat pengesan oksigen pada jari mangsa dan bacaan menunjukkan masih ada bacaan oksigen pada tubuh mayat itu. Maka, mereka nekad untuk menyimpan jasad lelaki itu dalam rumah mereka.
Sejak dari itu, mereka bergilir-gilir menjaga tubuh yang mereka fikir hanya koma, setiap hari dalam rumah mereka sendiri.
Kes berkenaan mendapat perhatian pihak polis lalu mereka bertindak mengambil mayat berkenaan ke hospital bagi pengesahan lanjut. Nyata, lelaki itu sudahpun menjadi mayat dan tidak lagi bernyawa. Akhirnya, tubuh lelaki itu ditanam dengan aman selepas mendapat persetujuan ahli keluarga lain.
Sumber: OC