Pesawat Terpaksa Patah Balik Lepas Kelawar Terbang Dalam Kabin

Sebuah pesawat jenis Boeing 777 milik Air India terpaksa berpatah balik selepas seekor kelawar tiba-tiba muncul dan terbang dalam kabin.

pesawat terpaksa patah balik lepas kelawar terbang dalam kabin

Pesawat berkenaan yang berlepas dari New Delhi ke New Jersey, Amerika Syarikat terpaksa berpatah balik selepas haiwan itu muncul kira-kira 30 minit selepas berlepas dari lapangan terbang.

pesawat terpaksa patah balik lepas kelawar terbang dalam kabin

Menurut Pegawai Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA), beberapa kru penerbangan sedar kelawar itu terbang dalam kabin dan  memaklumkan kepada juruterbang.

 

Selepas mendarat, pegawai hidupan liar dipanggil bagi menangkap kelawar yang ditemui pada bahagian kelas penerbangan perniagaan.

pesawat terpaksa patah balik lepas kelawar terbang dalam kabin

Laporan awal mendapati, kelawar itu berada dalam kabin adalah berpunca daripada pihak ketiga. Insiden itu juga akan disiasat Jabatan Keselamatan Penerbangan Air India.

 

Kesemua penumpang pesawat terbabit kemudian ditukar untuk menaiki penerbangan Air India yang lain dan akhirnya berjaya mendarat di destinasi pada jam 11.35 pagi waktu tempatan.

pesawat terpaksa patah balik lepas kelawar terbang dalam kabin

Sumber: The Sun