Kelahiran Semula? Lelaki Dakwa Dirinya Pernah Meninggal Dalam Perang Dunia Pertama

Seorang lelaki mendakwa bahawa dia dilahirkan semula dan pernah meninggal dunia ketika Perang Dunia Pertama tercetus akibat terhempas dari helikopter.

kelahiran semula? lelaki dakwa dirinya pernah meninggal dalam perang dunia pertama

Steven Mulligan, 61, yang berasal dari Manchester mula membuka kunci ingatannya selepas menjalani sesi hipnosis.

Dia kini boleh mengimbau kembali kehidupan sebelumnya sebagai Leftenan Penerbangan dan mendakwa dirinya jatuh ditembak ketika terbang di atas udara Perancis pada 1917.

Steve yang dilahirkan pada 1961, menegaskan dia boleh mengingati beberapa butiran kehidupan masa lalunya sebagai warga Wales, seawal 1903 iaitu ketika dia menjadi Sdyney Sutfliffe, dari Llandudno, anak kepada Abraham “Arthur” Sutcliffe, seorang penghibur di Teater Pavilion Llandudno.

“Sejak zaman kanak-kanak, saya selalu tertarik dengan Llandudno, walaupun ketika saya datang ke sini sebagai seorang kanak-kanak, saya tahu cara hendak ke sini dan ibu saya pernah kagum kerana saya tahu jalan di sini.

“Apabila kami berjalan-jalan, saya seperti mengalami deja vu, seperti saya pernah ke sana sebelum ini,” katanya.

Pada 2021, Steve menghadiri sesi dalam talian bersama pakar hipnosis, Paul Goddard, yang mencetuskan ingatannya sebagai Sydney Sutcliffe, seorang askar yang terbunuh dalam Perang Dunia Pertama pada usia 24 tahun.

“Apabila saya melakukan sesi hipnosis dengan Paul, saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu sebelum ini tetapi saya mempunyai semua kenangan yang saya dapat lihat dalam warna hitam dan putih.

Steve juga berkata dia mempunyai kenangan jelas dibesarkan di Llandudno dan keluarganya sejak lebih 100 tahun lalu.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang Llandudno selain datang ke sini sebagai seorang kanak-kanak, sehingga saya melakukan regresi.

“Saya tidak pernah mendengar nama Sydney Sutcliffe, jadi bagi saya memilih nama itu daripada berjuta-juta nama dan untuk itu menjadi seseorang yang pernah tinggal di Llandudno, ia adalah sesuatu yang luar biasa,” konhsinya.

Berikutan cetusan kenangan itu, Steve dan isterinya mengembara dari Manchester ke Llandudno pada Disember tahun lalu untuk melihat sekiranya dia boleh mengingati sebarang kenangan selanjutnya.

Semasa berjalan di jalanan, dia berkata dia dapat mengimbau kembali rumah zaman kanak-kanaknya di mana dia tinggal bersama ibu bapa dan tiga adik perempuannya.

Dia berkata dia juga dapat mencari nama Sydney pada Llandudno Cenotaph, di mana dia disenaraikan bersama tentera tempatan lain yang meninggal dunia dalam Perang Dunia Pertama.

 

Sumber: [1]