Kecoh Lepas Nampak Keranda Terbang Di Udara, Rupanya ..

Media sosial baru-baru ini digemparkan dengan foto yang tular menunjukkan imej seakan-akan keranda sedang terapung dan terbang di udara di Jakasampurna, Bekasi Barat dekat Indonesia.

kecoh lepas nampak keranda terbang di udara, rupanya ..

Menurut laporan, foto yang tular itu membuatkan ramai warganet bingung dengan pelbagai spekulasi mula timbul dalam kalangan mereka.

 

Namun selepas diamati dengan teliti, foto daripada tangkapan layar sebuah video  yang disangka aksi mistik itu bukanlah seperti yang disangka.

kecoh lepas nampak keranda terbang di udara, rupanya ..

Ia rupanya adalah layang-layang yang sangat menyerupai keranda jenazah, sedang terbang dilangit.

 

Rakaman itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengakui ia kelihatan seakan keranda terbang yang sebenar.

“Tidak terlintas bahawa ia adalah layang-layang kerana bentuknya sama seperti keranda jenazah sebenar,” komen seorang pengguna media sosial.

“Jangan kongsi video ini dalam kumpulan Whatsapp keluarga, kecoh jadinya,” komen seorang lagi.

 

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mereka-reka sebarang cerita yang tidak benar, bagi mengelakkan panik dalam kalangan masyarakat.

 

Sumber: [1]