Katak adalah sejenis haiwan amfibia yang boleh hidup dalam air dan juga di daratan.
.
Biasanya spesis katak mempunyai saiz kecil sebesar tapak tangan manusia dengan berat sekitar beberapa puluh gram sahaja.
Bagaimanapun seorang renjer taman di Australia telah menemui seekor katak yang mungkin adalah katak paling besar di dunia!
Katak jenis kodok itu mempunyai berat enam paun, atau kira-kira 2.7 kilogram, digelar kini sebagai Toadzilla.
Mempunyai warna kulit yang agak gelap, Toadzilla merupakan ancaman kepada kitaran ekosistem kerana ia boleh memakan mangsa berkali ganda lebih banyak daripada spesis katak yang saiznya lebih kecil. Malah, spesis katak ini juga adalah beracun dan berbahaya untuk haiwan serta manusia.
Terdahulu, katak terbesar yang pernah direkodkan adalah di Sweden, seberat 5.8 paun.
Sumber: Inside