Kasut Bola Ini Direka Dengan Tumit Tinggi 7 Sentimeter

Dunia bola sepak kini bukan sahaja hanya kepada lelaki, malah wanita turut meminatinya hingga wujud pasukan bola sepak wanita di peringkat antarabangsa.

 

Mungkin disebabkan itu, kasut bola dengan rekaan unik tumit setinggi 7.6 sentimeter ini telah dihasilkan seorang pereka fesyen Jepun, Rei Kawakubo.

kasut bola ini direka dengan tumit tinggi 7 sentimeter

Rei Kawakubo menghasilkan sepasang kasut sukan bola sepak dari jenama Nike dengan tumit tinggi berukuran 7.6 sentimeter dan kini dijual di sebuah fesyen di London, Comme des Garcons pada harga £475 (RM2,667).

kasut bola ini direka dengan tumit tinggi 7 sentimeter

“Jika anda bermain bola sepak dengan memakai kasut tersebut, buku lali anda pasti akan terkehel.

“Harga yang ditawarkan pula bermaksud hanya pemain Liga Perdana mampu untuk membelinya,” kata seorang sumber.

 

Kasut itu menampilkan rekaan kulit warna hitam atau putih serta logo Nike pada bahagian tepinya.

kasut bola ini direka dengan tumit tinggi 7 sentimeter

Menurut beliau, koleksi Nike Tiempo Premier sebelum ini mula diperkenalkan pada tahun 1992, dan mendapat sentuhan olehnya untuk rekaan terbaharu itu.

 

Kasut tersebut bukanlah untuk digunakan atas padang bola sepak, sebaliknya hanya sebagai fesyen kepada mereka yang berminat.

 

Sumber: [1]