Kapal Seakan Terbang Di Tengah Lautan, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Seorang lelaki dari Scotland pernah berkongsi video aneh menunjukkan kapal ditengah lautan seakan-akan sedang terbang, hingga ia tular di laman sosial.

kapal seakan terbang di tengah lautan, ini yang anda perlu tahu
 
Colin McCallum ketika itu sedang memandu kenderaannya melihat fenomena aneh dikawasan laut Banff, Aberdeenshire, pada Jumaat.


 
Dalam video terbabit, kapal dengan badan berwarna merah itu kelihatan seakan-akan sedang terbang, meskipun ia sebenarnya sedang berada diatas lautan.


 
Apa sebenarnya yang sedang berlaku?
 
Dikenali sebagai ‘Fata Morgana’, ia adalah satu fenomena logamaya di mana optik yang biasanya terjadi di tanah lapang yang luas seperti padang pasir, lautan atau kawasan berais.

kapal seakan terbang di tengah lautan, ini yang anda perlu tahu
 
Fatamorgana merupakan proses pembiasan cahaya melalui kepadatan yang berbeza, sehingga boleh membuat sesuatu yang tidak wujud menjadi seolah-olah wujud.

kapal seakan terbang di tengah lautan, ini yang anda perlu tahu
 
Ketika fenomena ini berlaku, permukaan akan menyerupai cermin pantulan. Pantulan ini terhasil daripada udara panas sekeliling, yang membuatkan satu ilusi optik terhasil dari jarak jauh.

kapal seakan terbang di tengah lautan, ini yang anda perlu tahu

kapal seakan terbang di tengah lautan, ini yang anda perlu tahu
 
Kita boleh juga melihat keadaan ini apabila sedang memandu pada waktu tengah hari dan melalui satu jalan lurus. Ketika itu, kita pasti dapat melihat imej seakan-akan air atau cermin terhasil pada objek jarak jauh.

 
Sumber: Dailymail