Kantoi Palsukan Umur, Miss World Laos Tarik Diri Dari Kemenangan

Miss World Laos 2021, Souphavady Phongsavanh menyerahkan semula mahkota yang dimenanginya setelah timbul isu berkenaan umurnya yang dikatakan melebihi had yang ditetapkan untuk menyertai pertandingan tersebut.

kantoi palsukan umur, miss world laos tarik diri dari kemenangan

Menerusi satu entri di Facebook, tulisnya, “Saya, Souphavandy Phongsavanh, Miss World Laos 2021, menyerahkan gelaran saya mulai hari ini kerana saya tidak dapat memegang jawatan saya. Saya tidak dapat menjawab sebarang soalan pada masa ini.”

Lanjutnya lagi, “Saya meminta maaf kepada pihak pengurusan pertandingan dan panel hakim yang telah mempercayai saya untuk gelaran ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang menghantar mesej sokongan kepada saya.”

Terdahulu, Phongsavanh Souphavady dinobatkan sebagai Miss World Laos 2021 pada 31 Mac 2021 sekali gus menjadikannya sebagai wakil rasmi dari Laos yang bakal menyertai pertandingan Miss World 2021, dijadualkan diadakan di Puerto Rico pada Disember tahun ini.

Namun, tidak lama selepas kemenangan tersebut, tular foto kad pengenalannya di media sosial yang mana Souphavady dikatakan sebenarnya dilahirkan pada 1991 dan bukannya berusia 26 tahun seperti mana yang diakuinya.

Dia dikatakan memalsukan umurnya semata-mata untuk menyertai pertandingan ratu cantik itu.

Berikutan itu, penganjur dijangka bakal mengumumkan pemenang baru tidak lama lagi setelah Souphavady menarik diri daripada kemenangan tersebut.

 

Sumber: [1]