Kanak-Kanak Paras Rupa Jelita Ini Didakwa Dibela Pontianak

Kecoh di media sosial Indonesia kisah mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan dibela oleh pontianak.

kanak-kanak paras rupa jelita ini didakwa dibela pontianak

Kanak-kanak yang mendapat gelaran ‘anak pontianak’ itu turut memiliki rupa paras yang jelita, sehingga menjadi perhatian ramai warganet negara itu.

 

Kanak-kanak perempuan bernama Tiara Kartika menjadi tular selepas seorang penduduk bernama Karol Inoviani memuatnaik video mengenai kanak-kanak itu di akaun peribadi Youtube pada 28 Julai lalu.

kanak-kanak paras rupa jelita ini didakwa dibela pontianak

Menurut laporan, kira-kira 11 tahun lalu seorang wanita yang dikenali sebagai Nur menemui Tiara yang masih bayi ketika itu di tengah hutan. Wanita itu kemudian membawa pulang Tiara dan menjaganya sehingga menjadi dewasa.

kanak-kanak paras rupa jelita ini didakwa dibela pontianak

Selepas 11 tahun berlalu, tidak dapat dipastikan umur sebenar mahupun lokasi tempat tinggal Tiara. Malah, siapa ibu dan bapanya juga masih menjadi tanda tanya.

 

Disebabkan itu, Tiara hanya belajar di sekolah rendah sehingga darjah 3 dan terpaksa berhenti sekolah kerana sering dibuli oleh rakan-rakannya yang mengejeknya sebagai anak pontianak.

Tiara sering diejek selepas rakan-rakannya melihat dia sering bercakap sendirian seorang diri. Apa yang menakutkan adalah mereka yang mengejek Tiara rata-ratanya akan ditimpa musibah termasuk ada juga yang meninggal dunia.

 

Sumber: Utusan