Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dari Wales telah menemui tapak kaki dinosaur berusia 215 juta tahun yang masih dalam keadaan sempurna.
Kanak-kanak berkenaan, Lily Wilder menemui tapak kaki itu di sebuah pantai di Bendricks Bay, berdekatan Barry di London.
Menurut laporan, Lily menemui tapak kaki tersebut pada batu fosil ketika sedang keluar berjalan bersama ayahnya.
Batu fosil berukuran lebih 9 sentimeter panjang itu bagaimanapun masih belum diketahui spesisnya lagi. Namun saintis menganggarkan spesis tersebut setinggi 75 cm dengan ujuran panjang 2.5 meter.
Menurut ibu kanak-kanak tersebut, pada mulanya mereka menyangka ukiran tapak kaki itu dilakukan oleh pelukis, sebelum mereka merujuknya kepada pakar.
“Apabila Richard pulang ke rumah dan menunjukkan gambar tapak kaki itu, saya sangka ia diukir oleh artis.
“Namun, saya tahu sebelum ini tapak kaki dinosaur juga pernah ditemui, jadi kami memutuskan untuk mendapatkan pandangan pakar,” katanya.
Karl-James Langford, seorang ahli arkeologi berkata, penemuan batu fosil itu adalah yang terbaik di Britain dalam tempoh sedekad.
Sumber: Daily Mail