Akibat Kemarau, Kampung Kuno Ditemui Semula Lepas 2,000 Tahun Tenggelam

Selepas 2,000 tahun hilang di bawah air, sebuah perkampungan dari era Empayar Rom dilaporkan telah ditemui semula.

akibat kemarau, kampung kuno ditemui semula lepas 2,000 tahun tenggelam

Rakaman dari udara perkampungan itu jelas kelihatan menerusi satu rakaman dron minggu lalu dan ia menjadi tular dalam kalangan masyarakat.

 

Mana tidaknya, kampung ‘hantu’ yang hilang itu tidak disentuh selama berabad-abad selepas ia tenggelam di bawah takungan air dekat Sungai Lima di barat laut Sepanyol.

akibat kemarau, kampung kuno ditemui semula lepas 2,000 tahun tenggelam

akibat kemarau, kampung kuno ditemui semula lepas 2,000 tahun tenggelam

Menurut pakar sejarah, perkampungan kuno itu dipercayai merupakan lokasi kem tentera Rom yang dinamakan Aquis Querquennis. Ia dibina sekitar 531 kilometer dari Madrid pada kemuncak Empayar Rom sekitar tahun 75 Masihi.

Kem itu dipercayai memiliki kuil, bilik mandi air panas, berek tentera dan hospital. Ia tenggelam dibanjiri air sungai dan menjadi misteri selama hampir 2,000 tahun.

 

Bagaimanapun ekoran daripada kemarau buruk yang melanda Eropah, sungai menjadi kering dan mendedahkan runtuhan itu kepada umum.

 

Sumber: Kosmo!