Kampung Di Brazil Ini Yang Hanya Didiami Ramai Wanita Cantik Yang Menunggu Jodoh Datang!

Ini bukanlah fiksyen atau mitos, namun, ia adalah kisah benar yang benar-benar berlaku dalam dunia nyata.

kampung di brazil ini yang hanya didiami ramai wanita cantik yang menunggu jodoh datang!

Siapa nak sangka, yang di Brazil sebenarnya terdapat sebuah bandar kecil yang hanya dihuni penduduk wanita, dan ia dijadikan sebagai ‘penempatan’ mereka sementara menunggu si jodoh datang menjemput.

Dikenali sebagai Noiva do Cordeiro, ia merupakan sebuah bandar yang terletak di bahagian tenggara Brazil dan menempatkan sekitar 600 penduduk wanita yang mana, rata-ratanya, kesemua mereka digambarkan sebagai begitu cantik dan manis mata memandang.

Difahamkan juga bahawa sebilangan daripada penduduk bandar itu sudah berkahwin dan berkeluarga.

Bagaimanapun, suami mereka serta mana-mana anak-anak lelaki yang berusia lebih dari 18 tahun diharuskan bekerja jauh dari penempatan terbabit dan hanya dibenarkan untuk pulang pada hujung minggu.

Salah seorang penduduk bandar tersebut yang dikenali sebagai Rosalee Fernandes, 49, mengatakan bahawa bandar tersebut menjadi lebih harmoni dengan tiadanya para lelaki di situ.

“Ada banyak perkara yang wanita lakukan lebih baik berbanding dengan lelaki. Bandar kami menjadi lebih cantik, lebih teratur, dan jauh lebih harmoni berbanding dengan sekiranya lelaki yang bertugas. Apabila timbul masalah atau perselisihan, kami menyelesaikannya dengan cara wanita, berusaha mencari konsensus dan bukannya konflik,” katanya.

“Kami berkongsi segalanya, bahkan tanah yang kami kerjakan. Tidak ada yang bersaing dengan sesiapa di sini. Semuanya untuk satu, dan satu untuk semua.

“Seluruh bandar berkumpul baru-baru ini untuk membantu membeli TV layar lebar yang besar untuk pusat komuniti kami agar kami semua dapat menonton sinetron bersama-sama. Dan selalu ada masa untuk berehat dan bergosip, saling mencuba pakaian masing-masing dan lakukan rambut serta kuku sesama sendiri,” tambahnya.

Bandar tersebut didirikan pada 1891 oleh seorang wanita yang bernama Maria Senhorinha de Lima, iaitu ketika dia diasingkan dari kampungnya atas dakwaan berzina.

Menurut legenda, dia hanya melarikan diri daripada lelaki terbabit sehingga dia dipaksa untuk menikah.

Wanita lain kemudian bergabung dengannya, namun, mereka dilabel sebagai golongan wanita yang tewas gara-gara kekurangan lelaki dalam komuniti yang didiami itu.

Bermula 2014, para wanita boleh membuat rayuan terhadap para bujang yang layak.

Kongsi salah seorang penduduk di situ, iaitu Nelma Fernandes, 23, dia mengakui biarpun para wanita yang tinggal di bandar tersebut dikenali kerana kecantikan mereka, tetapi, sukar untuk mereka mendapatkan calon pasangan.

“Di sini, satu-satunya lelaki yang kami, wanita bujang, temui kalau bukan sudah berkahwin, mesti yang berkaitan dengan kami, yang mana semuanya adalah sepupu,” katanya.

“Kami semua berhasrat untuk jatuh cinta dan berkahwin. Tetapi kami suka tinggal di sini dan tidak mahu meninggalkan bandar untuk mencari suami,” tambahnya lagi.

 

Sumber: [1]