Brownies Berbentuk Aneh Ini Tiba-Tiba Jadi Popular Di Singapura

Sekali pandang, apa yang terlintas difikiran anda apabila melihat foto ini buat pertama kalinya?

brownies berbentuk aneh ini tiba-tiba jadi popular di singapura

Ia bukanlah sama seperti apa yang anda fikir, sebaliknya ini adalah biskut brownies.

 

Dikenali dengan nama ‘Brownies Najis Kucing’ (Cat Poop Brownies), hidangan ini menjadi popular dan semakin mendapat tempahan dalam kalangan penduduk negara jiran kita iaitu Singapura.

brownies berbentuk aneh ini tiba-tiba jadi popular di singapura

Juadah tersebut dihasilkan sebuah kafe disana iaitu Nasty Cookie bagi mencari kelainan kepada para pelanggan setianya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nasty Cookie (@nastycookiee)

 

Sama seperti namanya, brownies itu kelihatan sama seperti najis kucing dalam bekas pasir.

 

Namun ia bukanlah pasir sebenar, sebaliknya biskut yang dihancurkan dengan tujuan menyerupai bahan tersebut. Tambah pula bentuk brownies seperti itu, membuatkan ia kelihatan sangat realistik.

 

Menu yang ditawarkan untuk masa terhad dari 16 hingga 31 Oktober di kafe tersebut dijual pada harga S$5 (kira-kira RM15) bagi tiga keping brownies.

 

Apa pendapat anda?

 

Sumber: [1]