Tak Sangka Dapat Balik Bagasi Lepas 3 Tahun Hilang Di Airport

Seorang wanita tidak menyangka akan menjumpai semula bagasi yang mengandungi barangan berharga miliknya selepas hilang selama tiga tahun di sebuah lapangan terbang.

tak sangka dapat balik bagasi lepas 3 tahun hilang di airport

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Islamabad pada tahun 2018 selepas wanita bernama Khadija kehilangan bagasi miliknya yang mengandungi iPad, peranti bacaan elektronik dan cakera keras yang mempunyai salian data pada telefon bimbitnya.

.

Namun selepas tiga tahun, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang pemilik kedai di Jehlum menyatakan beliau menemui barangan tersebut dan telah membuka cakera keras itu untuk mencari nombor telefon pemiliknya.

.

“Saudara lelaki saya kemudian pergi ke Jehlum untuk mengambil kembali barangan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki berkenaan.

“Dia tinggal di sebuah perkampungan kecil, mempunyai kedai yang kecil dan hidup dalam kemiskinan. Namun, dia cuba sedaya upaya untuk memulangkan barangan tersebut kepada pemiliknya,” ujarnya.

.

Hantaran itu telah menjadi tular dan ramai memuji individu yang jujur itu kerana bersikap baik hati.

.

Sumber: [1]